About Me

My photo
Nama seperti di atas.....

Thursday, October 6, 2011

Sempurna

semua orang menginginkan kehidupan yang 'sempurna'..
ada yang ingin kelihatan cantik dan 'sempurna' dalam menjalani kehidupan setiap hari..
ada yang ingin memiliki kebijaksanaan yang 'sempurna'..
ada yang ingin memiliki perniagaan yang 'sempurna'..
ada jugak yang ingin keputusan yg sempurna..


ada yang sentiasa mencari pasangan yang 'sempurna'..
ada yang sentiasa menginginkan anak-anak menjadi manusia yang 'sempurna'..
ada yang sentiasa ingin menyempurnakan rekod peribadi..
ada yang sentiasa ingin merubah bentuk fizikal supaya jadi lebih 'sempurna'..
ada yang sentiasa inginkan pemerintahan kerajaan menjadi 'sempurna'..
beli ikan kat pasar pun nak cari yang 'sempurna'..


dalam mencari kesempurnaan dalam kehidupan kita seharian..pernah tak kita temui kesempurnaan ?! wujudkah dunia yang benar-benar sempurna ? seronokkah hidup ini jika segala-galanya sempurna ?! jika segala-galanya sempurna..apakah yang perlu kita cari lagi ? apakah dia kehidupan sempurna ? wujudkah manusia yang benar-benar sempurna ?


superman pun ada kelemahaannya yang tersendiri..
miss world yang menang anugerah ratu cantik dan 'sempurna' pun ada kelemahannya..
kadang-kadang yang tidak sempurna dan huduh juga turut memberi keseronokkan..
hakikatnya..tidak pernah wujud manusia yang sempurna (wallahuallam)..tapi..tuhan jadikan kelemahan itu ada sebabnya..


tuhan jadikan manusia pelbagaibentuk dan rupa, pelbagai bangsa dan agama, pelbagai sifat dan warna..tapi tiada yang 'sempurna'..sebabnya..yang bijaksana akan mengajar ilmunya kepada yang masih muda akalnya..
yang mampu dan kayadiharapkan dapat membantu yang derita..yang kuat membantu yang lemah, yang berkelebihan membantu yang kekurangan, yang jahat memerlukan nasihat, yang baik pun perlukan nasihat untuk mempelajari makna hakikat..


kita sesama kita akan saling memerlukan..ketidaksempurnaan itulah yang menyatukan manusia..tidak mungkin akan wujud kehidupan yang sempurna di dunia kerana..
'sempurna' itu hanyalah milik tuhan..


20 sifat yang wajib bagi tuhan terkandung dalam 2 sifat kesempurnaan..sfat tersebut adalah istigna' daniftiqar..wallahualam..

No comments:

Post a Comment