About Me

My photo
Nama seperti di atas.....

Thursday, October 6, 2011

Cinta

"hai..sorang je ? meh saya temankan nak ?"
"eleh, sombong !!" (bila perempuan tak layan)
alahai..macam-macam taktik orang mengurat..



semenjak wujudnya makhluk di dunia ini, naluri untuk mencari pasangan bercinta memang sudah wujud..ia wujud secara semula jadi..zaman sekarang ini, caranya lebih sofistikated..walaupun asanya sama iaitu memasang umpan, kata-kata manis, mempamerkan kelebihan diri, namun tujuannya berbeza-beza..ada yang cuma mahu bersuka-suka, ada yang mahu berfoya-foya, ada yang mahu mengikis harta, ada yang cuma mahu 'glamour', ada yang nak try test power..sukar nak nilai yang mana ikhlas mencari cinta atau sekadar memperdaya..macam-macam stail, macam-macam cerita dan gaya..oleh itu pandai-pandai la menilai agar tak menjadi mangsa..


zaman tuk nenek dulu kalau nak mengurat anak dara cuma dapat tengok kat tingkap je (mcm bujang lapok)..lepas tu..kalo nak memikat..kena pandai pikat dulu bakal mentua..
zaman dah berubah..makin lama makin mudah..kekadang terhidang depan mata..pandai-pandai la..
sekarang pulak..dengan majunya teknologi cyber, cuma perlu pandai tekan papan komputer je..

walau apa pun caranya..nasib seseorang itu tetap berbeza-beza. ada yang mencuba sedaya upaya mencari cinta tapi masih tak mengena..ada yang tak perlu mencuba..ramai yang volunteer bergayut keliling pinggang meng'offer'kan cinta kat dia..ada yang sukar mendapat cinta sebab citarasa berbeza..ada yang sentiasa malang dan selalu hidup sorang-sorang..

persoalannya..apakah makna cinta..mengapa kita dijadikan dengan naluri yang sentiasa ingin berpasang-pasangan..wujudkah manusia yang tak perlu pasangan untuk dijadikan pelengkap jiwa/ tak perlu cinta dalam hidupnya? hmm...


kita manusia memang suka dihargai..kita perlu teman untuk berkongsi pendapat dan cerita..kita perlukan keluarga dan saudara untuk membantu di kala susah derita..dan berkongsi ketawa di kala gembira..semuanya ini dah memang wujud dalam keperluan naluri manusia..semuanya ini wujud kerana 'cinta'..kerana cinta kita wujud di dunia..


dengan cinta juga..kita sentiasa mendoakan mereka yang telah tiada..dengan cinta juga kehidupan kita akan berkembang lagi..susah untuk dicintai jika kita tidak pandai untuk..mencintai dulu diri sendiri..
namun sehebta-hebat cinta di dunia..semuanya hanya sementara..kerana cinta yang kekal abadi hanyalah cinta pada yang maha esa..

No comments:

Post a Comment