About Me

My photo
Nama seperti di atas.....

Thursday, October 20, 2011

Bacalah al-Quran

Apabila kita membawa Quran, syaitan pening kepala.
Apabila kita membuka Quran, syaitan rebah.
Apabila syaitan melihat kita membaca Quran, dia ketakutan dan pengsan.
Apabila syaitan melihat kita membaca dan mengamalkan setiap hari, ia akan menjauhi dan berada jauh dgn kita krn malaikat bersama kita selalu.
Apabila syaitan melihat kita mencintai Quran, dia lari.
dan apabila sahaja anda hendak 're-post' dakwah ini, syaitan akan membisikkan "tak payah lah"

Friday, October 7, 2011

Kenapa umat Islam sembah Ka'abah?

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?
...
Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya …

Hari Raya-2011

Budak-budak seronok beraya pasal dapat duit raya...
Orang bujang dan anak dara seronok beraya sebab dapat melaram...
Kaum ibu...inilah masanya untuk tunjuk skil buat kuih-muih dan lauk-pauk...
Orang tua di kampung...inilah masanya untuk bejumpa anak cucu...
Bila tiba Hari Raya...Semua orang gembira...





Kalau jalan-jalan kat shopping kompleks time bulan puasa...boleh berpinar-pinar mata...mane tidaknye...masing-masing berlumba-lumba nak memeriahkan raya...ada sesetengah tu tak ada masalah tahan nafsu tahan lapar dahaga...tapi bila time memb
eli-belah,beli persiapan raya,nafsu pun tak boleh tahan selera...silap-silap boleh jadi gila...





Di Malaysia juga Hari Raya adalah hari yang mana kita berkesempatan untuk berziarah sesama keluarga...maklumlah susah nak jumpa...masing-masing sibuk kerja...time inilah kita nampak kereta berbondong-bondong balik kampung beraya...


Dan yang paling penting...inilah masanya unyuk kita memohon maaf sesama kita...antara kesilapan yang kita sedar...atau kesilapan ketika sibuk...kadang-kadang dalam melafazkan kata-kata,kita tidak sedar ada hati yg terluka...sewaktu kita sibuk mencari rezeki,kita tidak sedar tentang orang yang menziarahi...



Di samping itu...Janganlah lupa yangsudah tiada........


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Thursday, October 6, 2011

Cinta

"hai..sorang je ? meh saya temankan nak ?"
"eleh, sombong !!" (bila perempuan tak layan)
alahai..macam-macam taktik orang mengurat..



semenjak wujudnya makhluk di dunia ini, naluri untuk mencari pasangan bercinta memang sudah wujud..ia wujud secara semula jadi..zaman sekarang ini, caranya lebih sofistikated..walaupun asanya sama iaitu memasang umpan, kata-kata manis, mempamerkan kelebihan diri, namun tujuannya berbeza-beza..ada yang cuma mahu bersuka-suka, ada yang mahu berfoya-foya, ada yang mahu mengikis harta, ada yang cuma mahu 'glamour', ada yang nak try test power..sukar nak nilai yang mana ikhlas mencari cinta atau sekadar memperdaya..macam-macam stail, macam-macam cerita dan gaya..oleh itu pandai-pandai la menilai agar tak menjadi mangsa..


zaman tuk nenek dulu kalau nak mengurat anak dara cuma dapat tengok kat tingkap je (mcm bujang lapok)..lepas tu..kalo nak memikat..kena pandai pikat dulu bakal mentua..
zaman dah berubah..makin lama makin mudah..kekadang terhidang depan mata..pandai-pandai la..
sekarang pulak..dengan majunya teknologi cyber, cuma perlu pandai tekan papan komputer je..

walau apa pun caranya..nasib seseorang itu tetap berbeza-beza. ada yang mencuba sedaya upaya mencari cinta tapi masih tak mengena..ada yang tak perlu mencuba..ramai yang volunteer bergayut keliling pinggang meng'offer'kan cinta kat dia..ada yang sukar mendapat cinta sebab citarasa berbeza..ada yang sentiasa malang dan selalu hidup sorang-sorang..

persoalannya..apakah makna cinta..mengapa kita dijadikan dengan naluri yang sentiasa ingin berpasang-pasangan..wujudkah manusia yang tak perlu pasangan untuk dijadikan pelengkap jiwa/ tak perlu cinta dalam hidupnya? hmm...


kita manusia memang suka dihargai..kita perlu teman untuk berkongsi pendapat dan cerita..kita perlukan keluarga dan saudara untuk membantu di kala susah derita..dan berkongsi ketawa di kala gembira..semuanya ini dah memang wujud dalam keperluan naluri manusia..semuanya ini wujud kerana 'cinta'..kerana cinta kita wujud di dunia..


dengan cinta juga..kita sentiasa mendoakan mereka yang telah tiada..dengan cinta juga kehidupan kita akan berkembang lagi..susah untuk dicintai jika kita tidak pandai untuk..mencintai dulu diri sendiri..
namun sehebta-hebat cinta di dunia..semuanya hanya sementara..kerana cinta yang kekal abadi hanyalah cinta pada yang maha esa..

Sempurna

semua orang menginginkan kehidupan yang 'sempurna'..
ada yang ingin kelihatan cantik dan 'sempurna' dalam menjalani kehidupan setiap hari..
ada yang ingin memiliki kebijaksanaan yang 'sempurna'..
ada yang ingin memiliki perniagaan yang 'sempurna'..
ada jugak yang ingin keputusan yg sempurna..


ada yang sentiasa mencari pasangan yang 'sempurna'..
ada yang sentiasa menginginkan anak-anak menjadi manusia yang 'sempurna'..
ada yang sentiasa ingin menyempurnakan rekod peribadi..
ada yang sentiasa ingin merubah bentuk fizikal supaya jadi lebih 'sempurna'..
ada yang sentiasa inginkan pemerintahan kerajaan menjadi 'sempurna'..
beli ikan kat pasar pun nak cari yang 'sempurna'..


dalam mencari kesempurnaan dalam kehidupan kita seharian..pernah tak kita temui kesempurnaan ?! wujudkah dunia yang benar-benar sempurna ? seronokkah hidup ini jika segala-galanya sempurna ?! jika segala-galanya sempurna..apakah yang perlu kita cari lagi ? apakah dia kehidupan sempurna ? wujudkah manusia yang benar-benar sempurna ?


superman pun ada kelemahaannya yang tersendiri..
miss world yang menang anugerah ratu cantik dan 'sempurna' pun ada kelemahannya..
kadang-kadang yang tidak sempurna dan huduh juga turut memberi keseronokkan..
hakikatnya..tidak pernah wujud manusia yang sempurna (wallahuallam)..tapi..tuhan jadikan kelemahan itu ada sebabnya..


tuhan jadikan manusia pelbagaibentuk dan rupa, pelbagai bangsa dan agama, pelbagai sifat dan warna..tapi tiada yang 'sempurna'..sebabnya..yang bijaksana akan mengajar ilmunya kepada yang masih muda akalnya..
yang mampu dan kayadiharapkan dapat membantu yang derita..yang kuat membantu yang lemah, yang berkelebihan membantu yang kekurangan, yang jahat memerlukan nasihat, yang baik pun perlukan nasihat untuk mempelajari makna hakikat..


kita sesama kita akan saling memerlukan..ketidaksempurnaan itulah yang menyatukan manusia..tidak mungkin akan wujud kehidupan yang sempurna di dunia kerana..
'sempurna' itu hanyalah milik tuhan..


20 sifat yang wajib bagi tuhan terkandung dalam 2 sifat kesempurnaan..sfat tersebut adalah istigna' daniftiqar..wallahualam..